Aku
tak tahu sejauh mana keberhasilan teknik ni, tapi aku mesti mencubanya. Antara
tips yang terdapat dalam buku yang aku baca ni, memperkatakan tentang
mempertingkatkan konfinden atau keyakinan kita.
Duduk paling depan
Kalau
dalam bab solat berjemaah, berada di saf pertama memang besar ganjarannya dari
saf belakang.
Rupanya,
dengan berada di barisan hadapan boleh mempertingkatkan daya keyakinan kita.
Ini yang dianjur dalam buku ni tentang mempertingkat konfiden.
Pandangan mata / eye Contact
Ketika
bercakap, pandangan mata memainkan peranan yang sangat penting. Aku tak ambil peduli sebelum ni. Kini aku kena
praktis benda ni semasa bersembang. Pandang tepat kepada mata orang yang
bersembang dengan aku nanti.
Aku
agak kekok semasa pandang mata orang.
Beberapa
kemungkinan tentang tak berani bertentang mata ketika bersembang, samada kita
ada buat salah atau kita sedang menyembunyikan sesuatu yang benar, kita
bercakap bohong.
Jadi,
lepas ni aku nak kena renung mata orang lain semasa bersembang, agar aku punya
konfiden boleh meningkat.
Jalan laju dari biasa
Dalam
tulisan yang aku baca ni suruh kita jalan cepat dari biasa. Tingkatkan kelajuan
25% dari biasa kita berjalan. Bukan jalan terburu-buru.
Mungkin
boleh buat kajian sendiri di tempat laluan orang ramai, di kompleks beli belah.
Tengok gaya dan
cara orang berjalan.
Orang
yang berkeyakinan, jalannya penuh semangat, bukan terhegeh-hegeh atau lembek.
Cara
Nabi Muhammad saw jalan bagaimana? Bersemangat bukan….
Selalu berkata-kata
Ini
kena buat semasa dalam perjumpaan, atau meeting atau dalam usrah mungkin.
Jangan hanya berdiam diri saja. Aku sebenarnya kategori pendiam dalam
perjumpaan formal, tapi jadi kecoh kalau perjumpaan merapu. Entahlah…nak kena
tukar ni…
Walaupun
nampak bodoh ketika bersuara dalam perjumpaan, abaikan apa orang nak kata, yang
penting kita sedang membina keyakinan diri sendiri.
Senyum
Benda
paling senang nak buat, senyum. Lantak pi kalau dalam hati tengah terbakar atau
sedang membara, senyum saja walaupun senyum kita tu kelat. Dengan senyuman pun
boleh naikkan kita punya semangat keyakinan kita.





